UNKNOWN.
Home About Stuffs Twitter Instagram Kata aku Follow Dash

le'Rose

“If people refuse to look at you in a new light and they can only see you for what you were, only see you for the mistakes you've made, if they don't realize that you are not your mistakes, then they have to go.” ― Steve Maraboli, Life, the Truth, and Being Free

History

Tagboard and Tweet
Dont Steal Them ! My Heart ! Part 2 .
Dont Steal Them ! My Heart ! Part 1 .
LONG TIME NO SEE !
B1A4 ?
BLOG FF DONE !
Updated !
Ada Twitter ta ? saya nak awak follow saya and say...
ada blog? bagi link :)
Boring -,-
Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah. Re-designed by Diyana Ashari and thanks Wanaseoby and Nana Johari and google and weheartit.
Friends , I LOVE YOU .
Saturday, October 8, 2011 • 10:52 AM • 0 comments







Hey , guys :) . Today , aku ni buat satu entry yang selama ni aku teringin buat tapi tak terdaya nak menulis . Aku rasa bersalah nak menulis , tapi aku rasa aku patut . Selepas tadi aku buka blog unnie Nana Johari  aku terus nangis . Bukan disebabkan ayat yang direkanya , tapi disebabkan , adakah aku ini patut dikategorikan sebagai kawan . Aku bukan nak meniru post dia , tapi aku nak luahkan . Pagi buta ni , aku nak luahkan segalanya . 

Ayat - ayat yang diambil dari blog unnie Nana . Credit to her . 

Aku , Diyana Nabilah .M. Ashari atau lebih dikenali dengan nama Diyana , Diyana Ashari atau Yaya , nak luahkan segalanya . Entry ni khasnya dibuat oleh kawan - kawan BP aku . Nadirah , Rofi , Liyana , Amira , Farahin , Athirah , Jamilah , Ain , Aida , Farazuha , Zahidah , Nasriah and Fadila . 

First sekali , untuk sekian lama aku kawan dengan korang , aku happy sangat . Aku suka kawan dengan korang . Tapi manusia mesti ada perasaan benci , marah , geram , cemburu dan macam - macam lagi kan ? Okey , itulah lumrah seorang manusia atau seorang kawan . Ye , aku ada perasaan macam tu dekat korang semua . Tapi aku nyorokkan , aku ta mahu menunjukkannya . Kenapa ? Aku ta nak menyakitkan hati kawan - kawan aku . 

Apa pendapat aku tentang Korang ? 
Ikut , keadaan . Pada seketika mengikut apa yang korang telah buat pada aku  , aku akan cakap korang 2 MUKA , BERLAGAK , SOMBONG , SETAN , BABI , JAHAT , KAU FIKIR KAU HEBAT ? KAU TA SEMPURNA JANGAN NAK BERLAGAK . KAU MENJENGKELKAN . KAU JANGAN NAK PERASAN . BAIKNYA KAU . PANDAINYA . ALAHAI , COMELNYA . dan macam2 lagi . Aku tak nafikan , tapi aku pernah panggil korang ' babi ' . Aku nak minta maaf sebab aku panggil korang macam tu . Saat aku marah sahaja aku akan panggil . 


Perangai aku ? Adakah aku layak jadi kawan korang ?  
 Persoalan itu , selalu bermain kat minda aku . Adakah aku layak ? Aku selalu cakap , aku tak pernah layak jadi kawan korang . Kenapa ? Ayat - ayat ni sentiasa aku tanya bila aku dengan korang . .


 " Aku ni boleh dikategorikan sebagai kawan ke ? " . " perangai , persenoliti , muka aku lain dengan dorang . aku teruk . dorang ihklas ke kawan aku ? " " aku suka sgt kawan dengan dorang , tapi , dorang suka ke kawan dengan aku ? "  " Perangai aku menjengkelkan . Lagi2 ayat2 aku bila marah . Teruk . " " Perangai aku yang macam setan ni , dorang tetap nak kawan dengan aku ? " " Aku emo bila hal2 kecil berlaku . Terukkan aku ? Tapi , dorang masih kawan dengan aku . "


 . Aku ingat lagi , ada sorang member aku cakap " Kau , diyana banyak berubah sejak kau kawan dengan dorang " . aku menangis lepas dia cakap .  Ye , aku menangis depan dia . Aku cuba fikirkan balik . Aku memang terukkan ? Ye , aku tak dapat nafikan , aku banyak berubah lepas kawan dengan dorang . Masa kawan aku tu cakap macam itu , aku tanya balik kat dia " Teruk sangat kan aku ? Apa salah aku nak kawan dengan dorang ? Aku tahu aku teruk , aku tak nafikan " . " Tak , kau tak . Dorang ye . Lagi2 budak ' tu ' . Lepas korang kawan je dengan dia , korang banyak berubah , semakin teruk . " . aku terasa bila dia cakap macam tu . Kenapa ? Sebab dorang kawan2 aku , Aku tak kisah lah apa pangkat aku . Pengawas je kan ? Bukannya pengerusi pelajar ke apa . Salahke nak kawan dengan budak2 bawah jawatan aku ? Pelajar biasa ? Pustakawan ? Apa salah dorang ? Sebab jawatan yang dipegang ke ? Apa ? Kau fikir  , disebabkan aku pengawas , jadi kawan baik aku mestilah member2 pengawas macam tu . Salah ke kalau aku nak kawan baik dengan budak2 yang bawah dengan jawatan aku ? Salah ke ? Aku penat lah weh . Penat sangat . Ye , aku tak dapat nafikan , tanpa kawan - kawan aku , tak kira lah apa jawatan yang korang pegang , tanpa korang , hidup aku sunyi . Manusia ? perlukan kawan kan ? Itulah lumrahnya . 


" Bila korang susah , aku bantu . Aku pujuk . Korang mulakan dulu , aku minta maaf . Tapi bila semuanya terjadi pada aku , korang tak pernah buat macam tu kat aku . aku sakit . sakit hati sangat . "
Ayat - ayat tu selalu aku ungkap bila aku dengan korang . Siapa ? Korang , member2 pengawas aku dan kawan2 baik aku sejak 1 dedikasi . Aku banyak kali merasakannya . Kenapa ? Adakah sebab aku ni perangai setan korang tak boleh buat macam tu kat aku ? Apa salah aku ? Aku menangis gila2 masa aku terfikir benda ni . Korang buat tak endah je bila aku menangis . Macam , kalau aku menangis , apa kesah kan ? Tapi , kalau korang menangis , memang patut dikesah . Aku tak nafikan , tapi banyak kali korang buat . Korang tak kan pernah ingat , tapi aku ? Aku akan sentiasa . Boleh aku jujur ? Sombongnya korang . Aku dah banyak alami dah . Ye , setiap kali , tak kisah lah aku gaduh dengan sesiapa , aku akan minta maaf dulu . Bukannya aku nak berlagak atau menunjuk , tapi disebabkan , aku yang selalu menyebut ayat - ayat tu , jadi aku sedar . Aku penat lah . Penat men jadi seorang yang selalu mulakan ayat ' minta maaf ' sedangkan aku tak bersalah . Tapi ? Korang ta nak maafkan aku . Aku penat lah weh ! Setiap kali kalau kau tak kisah sesiapa sahaja yang memulakan pergaduhan tak bersebab macam budak kecil ni , aku yang kena minta maaf . Tapi kau tak nak maafkan aku ? Sakitnya , memang tak boleh tahan . Aku bukannya , apa , tapi aku takut jika aku tak boleh digelar sebagai " Umat Nabi Muhammad S.A.W " sebab aku bergaduh dan tak bertegur sapa dengan korang lebih dari 3 hari dan disebabkan itu lah aku mulakan dulu. Tapi tak apa , kalau kau tak nak maafkan aku . aku tahu aku siapa . aku tak boleh dimaafkan begitu je . aku teruk . aku tahu . Aku jujur sekarang ni , aku rindu dengan kau . Aku memang nak berkawan dengan kau balik tapi sebab kau tak nak maafkan aku , aku biarkan je . Aku rindu nak berbual dengan kau . Aku penat lah nak berlakon aku marah dekat kau . Ye , aku marah kat kau . Kenapa ? Nape kau tak nak maafkan aku ?! Kenapa aku sorang je yang kau marah sedangkan budak tu pon sama ?! kenapa ?! Aku rindu nak bergelak ketawa dengan kau . Aku bukannya nak buat ayat - ayat drama atau apa , tapi aku jujur . Aku fikir , aku minta maaf dengan kau haritu , lepastu selesai . Tapi aku sakit sangat sebab kau tak nak maafkan aku . Sakit sangat ! Soalan yang aku nak tanya sangat . " Kenapa kau panggil aku sebagai kawan yang ' meluahkan segalanya dan memahami kau ? ' . " aku nak tanya sangat . Kenapa ? Disebabkan , aku selalu jujur dekat kau kalau aku tak puas hati dengankau ? Disebabkan , aku beritahu kau masa hari itu yang kitaorang BENCI perangai kau ? Kau , cakap aku seorang yang boleh memahami kau ? Tapi , kau tak boleh nak fahami aku ! Aku malas nak berlebar panjang , aku harap aku dapt FACE TO FACE dengan kau secara private dan luahkan segalanya . Tak cukup weh , sekadar telefon kau dan dengar kau menangis dan menghantar sebuah pesanan ringkas kepada kau . Kau tak kan faham . Aku nak je jerit dekat kau dan luahkan segalany dan aku harap kau pun buat perkara sama . Ye , bukan kau je . Tapi member2 lain juga . Aku harap sangat dapat berdepan korang dan luahkan segalanya . Menjerit , memarahi korang . Meluahkan . Menangis . Menangis lah , aku tak kisah sebab aku pun akan menangis . Kenapa ? Aku pun nak korang luah segala ketidakpuasanhati korang kat aku . Aku tak kisah kalau aku menangis dengar ayat - ayat kejam korang sebab aku pun aku melakukannya juga . Aku berharap korang boleh jujur dengan aku . Jujur antara satu sama lain . Segala rasa sakit hati yang korang tahan selama ni terhadap aku , aku nak korang luahkan . Manusia , memang banyak buat kesilapan . betul kan ? Lumrah . Segalanya lumrah . Aku teringin sangat dapat seorang kawan yang sentiasa jujur dengan aku . Kalau kau benci aku dengan attitude aku masa satu hari tu , luahkan je . Aku tak kisah . Mungkin aku akan menangis . Ye , tapi itu tujuannya . Insaf . Aku harap korang seorang yang jujur . Sebab aku pun teringin nak jujur . Tapi aku tak sampai hati . Kalau aku nak jujur dengan korang , aku akan tanya dulu . kau bersedia nak dengar segala ayat - ayat kejaman aku ? dan , aku akan cakap , kalau kau nak nangis , silakan . Sila nangis sahaja . Aku tak kisah . 

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need itI can count on you like four, three, twoAnd you'll be there 'cause that's what friendsAre supposed to do
aku harap sangat lirik lagu tu . Ye , kau boleh minta pertolongan aku macam 1 , 2 ,3 je . Sebab insyaAllah aku akn sentiasa berada dengan kau disebabkan itu lah namanya kawan . 

Tell me what you want to hearSomething that were like those yearsI'm sick of all the insincereSo I'm gonna give all my secrets away
aku tak mahu ada rahsiah antara kita . itu , semuanya segalanya rahsiah yang aku pendam . terima kasih :)


Sekarang , walaupun hanya ayat - ayat yang ditulis , tapi aku ihklas ni . 

Aku , Diyana Nabilah bte .M. Ashari , aku jujur . Aku ihklas kawan dengan korang . Aku happy kawan dengan korang . Ye , aku ada sedikit perasaan benci pada antara korang . Aku jujur . Oleh itu , walaupun ayat ini tak keluar dari mulut dan hanya ditulis , ditype , tapi ayat - ayat ini segalanya dan diatas juga semuanya keluar dari hati aku . Aku jujur . Aku ihklas . Aku sakit . Aku , dengan ini , dari hujung kaki hingga hujung rambut , aku nak minta maaf zahir dan batin . Luar dan dalam isi hati aku , aku nak minta maaf jika aku ada perli korang , korang terasa dan sakit hari . Aku kutuk belakang korang . Dan segalanya . Aku memang teruk . Aku tak nafikan ,, dan pastinya , korang tak dapat nafikan juga . Aku harap , korang , dengan hati yang terbuka , jujur dan  ihklas akan maafkan aku . Dan maafkan juga atas segala ayat - ayat yang aku tulis . Inilah luahan hati seorang kawan korang yang berani meluahkan secara publik yang bernama Diyana Nabilah bte .M. Ashari . Terima kasih , sebab sehingga sekarang , korang masih kawan dengan aku . Aku sayang korang . Friends , I LOVE YOU . You guys are the best . my BFF. :) Thanks :) 

aku jujur , aku menangis masa aku teringat dekat korang semua . Aku jujur , aku menangis masa aku menulis ayat - ayat ni . Aku jujur . 
- Diyana Ashari -  



|