le'Rose
History
Okey ? Ah . ( Books=Buku=Boring )
Aku tak boleh masuk banyak - banyak !
Tomorrow . Oh , tomorrow . !!
Rapper Baru . Bias baru -,-
English time ? Malay time ? Sorry der , its Rojak ...
LIST SEGMEN : WHEN I GROW UP I WANNA BE A ...
Tutorial Romantic Poster Cover using gimp .
Siapa kata pakai Gimp ta boleh ? Boleh lah . Ini b...
New Skin . Simple . =)
Aku buat baru .
Credits
| TAHNIAH Muhammad Muizzudin bin Zaini ! My opinion :)
Hamba - hamba Allah , ialah paling mulia di sisi Allah . Menakjubkan bukan ? Syukur Alhamdulilah :) Assalamualaikum to all muslims around the world , hello to non - muslims around the world , annyeong to all human who knows whats thats means , and hello ! Okey , nama diatas . Aku tak kenal siapakah insan yang berani itu , tapi aku tabik spring pada dirinya yang berani meluahkan . Aku dapat ini pun daripada blog Aina . Terima kasih sebab sharekan surat ini . Okey , untuk nak tengok dengan lebih betul ini : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=274422319291653&set=a.163064850427401.42326.162827207117832&type=1&ref=nf : . Tapi aku akan copy + paste je yang mana aku nak . Surat untuk Datin Seri Rosmah Mansor . Kenalkah dia ? Patutnya kenallah , dia ialah our prime minister wife , Datuk Seri Najib Tun Razak . Okey , maybe aku akan beri sedikit pandangan tentang surat ini . There's none others word than " Beraninya budak yang bernama Muhammad Muizzudin bin Zaini " Dia , meluahkan segala apa yang aku rasa . Tak perlu dibangkang apa yang diperkatakannya , sungguh berani , sangat betul .! Kalaulah , surat ini dibawa berita sebab aku tak tengok berita , and polis segala gaban marah apa semua ni , sorry to say , aku cakap KAU BODOH soal memarahi budak yang berumur 19 tahun yang berkata benar yang berkaitan agama . Bukan agama lain , tetapi AGAMA ISLAM . Aku selalu cakap pada diri aku , bukan lebih kepada cakap kepada diriku , tetapi ini satu ayat dalam diriku . " Aku tak takut kalau kau nak marah aku sampai bawa pergi polis sebab aku menegur kau yang berkaitan Islam , tetapi aku takut kalau aku dimarahi Allah kerana tidak menegur engkau yang berkaitan dengan Islam " Itu , ayat abah actually . Tapi , lepastu jadi ayat aku . Kalau korang baca apa yang ditulis oleh insan tersebut , korang akan cukup bangga dengannya . Walaupun paras rupa tidak pernah kulihat , tapi rasanya , dia memang seorang yang hebat dalam berkaitan islam walaupun umurnya masih muda . Rasanya dia boleh menjadi seorang pendakwah . Membawa islam kearah yang sebenar , ke jalan yang betul . Itulah apa yang dimahukan oleh setiap insan yang benar - benar mencintai islam . Remaja Melayu Muslim tidak segan silu memakai pakaian yang jauh menyimpang daripada Islam dan adab Melayu . Bukan hanya islam diatas IC sahaja tetapi bila tengok , MashaAllah ! Macam hantu kristian mana entah dengan pakaian semua itu . Tak perlu cakaplah tengok fb sudah , bukan itu sahaja , keluar pergi mall , tengoklah remaja muda sekarang , cara pakaiannya . Aku hanya mampu beristighfar dalam hati . Abah selalu cakap , " Apa gunanya kalau pakai tudung tapi baju ketat sendat , kecik dan menampakkan buah dada dan punggung " Aku selalu terasa dengan ayat abah , sebab aku rasa itu aku . Tapi , bukannya apa lah kan ? Aku jarang dan terlampau jarang keluar pakai baju ketat . Seketat mana baju tu pun aku pakai dalam rumah dan kalau pakai baju berlengan pendek akan aku pakai cardigan menutup aurat yang selebihnya dan mungkin kerana aku pakai selendang yang terdapat banyak gayanya jadi kadang - kadang aurat dadaku terbuka . Aku minta maaf . Okey , itu bagi yang menutup aurat dengan memakai tudung , tapi pernah tak korang nampak orang pakai dress half tak bertali and paras lutut or memakai shorts ? Lelaki bila tengok cair , tambah nafsu , dosa . yang dosa bukan lelaki sebab tengok tapi perempuan dosa kerana menunjuk ! Banyak kali aku terbaca ayat yang berbunyi lebih kurang macam ni : " Aku pakai terbuka aurat ke apa , apa kes dengan kau ? Dosa aku , bukan dosa kau ! Kau ta payah lah nak tegur aku sebab pakaian aku . Dosa aku antara aku dengan Allah " MashaAllah , nak aje aku tegur budak tu kata TAK SALAH DIA TEGUR KAU TAK PANDAI ! Jangan kerana ego dan hasutan syaitan kau jadi macam ini , kalau dia tegur dan perkara itu betul kenapa kau nak maki dia balik ? Malu lah wei . malu lah dengan status yang kau buat hanya untuk menari perhatian . Publisiti murahan ! Orang pun sokong kau sebab kau popular lah konon atau lebih kepada kau HOT . Kau tahu tak ? Kau marahkan orang itu lagilah memburukkan nama islam . Apa salah dia tegur perkara yang betul ? Tegur perkara yang kau telah langgar udang - undang islam ?Tak salah . langsung tidak ! Cuma kalaulah teguran yang diberinya itu tidak betul barulah boleh diperkatakan tidak betul . Okey , ini dah lari tajuk . Hahaha . Datin Seri,Sungguh saya tidak mampu mengelakkan rasa kecewa, apabila mengetahui yang Datin Seri bermalam di sebuah hotel di Dubai dengan kos melebihi RM100, 000 semalaman. Sehingga ke hari ini, saya masih teringatkan rumah daif adik Khairani, juga nasib ramai lagi yang saya temui sepanjang umur ini. Saya tahu, betapa besarnya urusan Datin Seri, juga kedudukan Datin Seri. Mungkin memang Datin Seri berhak, tetapi, apakah Datin Seri langsung tidak teringatkan kami, rakyat yang kesusahan? Apakah Datin Seri langsung tidak terfikirkan nasib ratusan, ribuan lagi rakyat yang tidak bernasib baik?Bagi aku , aku terpaksa setuju dengan ayat permulaannya ini . Dia hidup bermewahan sedangkan rakyat disuruh supaya berjimat ? Macam mana rakyat hendak akur jika , pihak atasan sendiri tidak melakukannya . Sedihnya kita sebagai rakyat dengan sikap sebegitu tidak dapat dibendung . Tiadalah yang lebih mengecewakan dan membangkitkan kemarahan, melainkan ketika melihat Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat!Aku barang kali tidak tahu - menahu perihal perkara ini dan aku hanya tahu masa dia pergi ke Mekah , Tanah Suci Islam , kot lah ta pasti tapi dia hanya memakai selendang dan masih menampakkan rambutnya . Ketika itu , hanya kutukan aku beri kepadanya . Jatuh nama baik islam di Malaysia aku rasa ketika itu . Bukan itu sahaja , ketika dia dan suaminya , our prime minister pergi ke arab rasanya , dengan bangga membawa nama malaysia dan juga agama islam yang berasal dari malaysia tidak memakai tudung . Bayangkan betapa malunya kita sebagai rakyat malaysia dengan dia , ke negeri arab pula tu ! Berjumpa dengan prime minister disana .Lagilah dengan apa yang disebut diatas . '' Datin Seri dan suami di Festival Fesyen Islam Monaco. Bagaimana tidak, pakaian yang diperagakan langsung tidak menggambarkan Islam! Langsung tidak menutup aurat, menampakkan bahagian-bahagian yang sepatutnya sulit dan yang paling dahsyatnya, nama RasuluLlah SAW yang mulia tertera pada pakaian yang tidak menutup aurat! " tak tahu apa yang hendak diperkatakan , lagilah dia tidak meminta maaf , Allah Akbar . ! Kelu lidah untuk berkata sebarang pun . MashaAllah , banyak lagi yang hendak diperkatakan , tapi cukuplah disini . Aku hanya berdoa supaya Malaysia tidaklah menjadi seperti negara barat yang lain . Islam negara kita kuat . Amin ! Tapi apakan daya , kiamat sudah dekat , terbukti dengan situasi zaman sekarang .Baca disini yang ditulis oleh Nana Johari , semuanya terbukti sudah . Harap apa yang aku tulis tidak tersinggung mana - mana pihak , aku ingin meminta maaf jika ada sebarang perkataan kesah dan ayat yang menyakitkan hati , tidak terfikir untuk melakukan sebegitu . Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki , aku seorang insan yang bernama Diyana Nabilah bte .M. Ash'Ari ingin meminta maaf atas segalanya . Maaflah , ini hanya pendapat aku . Aku bukan hendak cari publisitu murahan . Sama sekali tidak . Jangan bersangka buruk padaku . Terima kasih dan minta maaf . Sekarang bukan sejak dari tadi non -stop mendengar lagu The Chosen One by Maher Zain . Jika fahami video ini , anda akan dapati ianya berkaitan tentang Nabi Muhammad S.A.W , nabi terakhir kita yang pada hari esok ialah Hari Kelahirannya . Semoga , kita sebagai umat baginda S.A.W , menyambutnya dan sentiasa mengingatinya atas segala usahanya membawa islam kejalan yang benar . Amin . |
0 Comments:
Post a Comment