le'Rose
History
This journey does not ends here ...
Tired . Thats It .
Assalamualaikum , Hello and Annyeong !
H...
[ FREEBIES ] INFINITE - HOYA , WOOHYUN , MYUNGSOO ...
Danger Love by Nazirah Zulkifli
Hohohoholililidayyyy ! Ohkeng =='
Good Luck !
You never know ...
THE YAKUZA TWIN .
At last ! 2 days left .
Credits
| Ramadhan Al - Mubarakah ! Puasa .
TEKAN PAUSE MUSIC DALAM BLOG YANG KAT ATAS TU AND PLAY THIS MUSIC SUPAYA ADA FEEL SIKIT BACA ENTRY KALI INI
Bismillahirahmanirahim . Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang .
Assalamualaikum , Hello and
Annyeong !
Okey , SELAMAT
MENYAMBUT RAMADHAN AL – MUBARAKAH TO ALL MUSLIMS OUT THEREEE ! Its been
a while right ? Hey , SELAMAT BERPUASA wahai
saudara – saudaraku . Not just in Malaysia but ALL
OVER THE WORLD . Speaking of ALL OVER THE
WORLD , agaknya macam mana saudara Islam
kita yang sedang diperangi oleh Yahudi yang zalim lagi kejam itu ? MashaAllah
, I cant even imagine it . Semoga Allah lindungi
mereka semua pada bulan suci ini ; Ramadhan .
So this entry , I’m gonna talk
about puasa ; Ramadhan and gonna give some tips … maybe ? Actually , you guys
may said aku ini tengah berdakwah melalui ayat – ayat . Actually dari last year
abah dah cakap “ Dari awak tulis benda pelik2 dekat
blog tu , lebih baik awak berdakwah “ and that time pemikiran aku masih
belum OK so aku ta bertindak apa – apa . But then , last month aku nak buat but
apakan daya , ta sempat so I tried to make it right now . Lagipun , pada bulan
Ramadhan ini lebih baik kita mengisi masa lapang kita dengan melakukan amalan
yang baik , right ? So , I do some research on it .
I’m sorry if the information are wrong because I’m still learning and ilmu yang
dipelajari oleh seseorang yang masih berumur 15 tahun tak cukup lagi . Anything
I missed out , I hope you can help me by corrected me . Thank you .
ENTRY INI SANGAT PANJANG , KALAU RAJIN SILA BACA . KALAU TAK , TAK MENGAPA .
Source : Buku AMALAN MUSTAJAB ‘
REJAB , SYA’ABAN & RAMADHAN ‘
Firman Allah ( surah AL – BAQARAH AYAT 183
DAN 185 ) Wahai orang – orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana yang diwajibkan atas orang – orang yang dahulu daripada kamu ,
supaya kamu bertakwa . Masa yang
diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al –
Quran , menjadi petunjuk bagi sekalian manusia , dan menjadi keterangan –
keterangan yang menjelaskan petunjuk , dan ( menjelaskan ) perbezaan antara
yang benar dan salah . Oleh itu sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak
bulan Ramadhan ( atau mengetahuinya ) , maka hendaklah ia berpuasa bulan itu ..
Sesungguhnya , bulan Ramadhan
adalah bulan yang setiap tahun dinantikan ketibaannya oleh semua umat Islam .
Memandangkan ia bulan yang mulia dan memberikan terlalu banyak manfaat , faedah
, fadhilat dan masa depan yang cerah
bagi mereka yang menghayatinya .
Fadhilat Dan Keutamaan Ramadhan .
Ada banyak puluhan hadis
Rasulullah SAW yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan bulan Ramadhan , bukan
sahaja untuk manfaat umat Islam di akhirat kelak , bahkan faedah di dunia ini . Walau bagaimanapun ,
faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat Islam yang taat menjunjug
segala perintah Allah dan menjauhi laranganNYA . Mereka yang ingkar , tidak
berpuasa , tidak solat dan lain – lain Allah tidaklah berhak mendapatnya . This
is some examples about maksud Hadis Rasulullah SAW mengenai fadhilat ,
kelebihan , keutamaan dan kemulian pada bulan Ramadhan .
“Islam is not about "we’re better than you". Islam is about "let me show you something that is better for you." —Nouman Ali Khan
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud ;
Apabila
masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu – pintu langit dan ditutupkan
pintu – pintu neraka dan diikatlah semua syaitan . ( Riwayat Bukhari dan Muslim
)
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud ;
Pada
malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah
semua pintu – pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu darinya . Dan dibukakanlah
pintu – pintu syurga dan tidaklah ditutup satupun darinya . Maka berserulah
penyeru ; Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu , wahai orang yang
melakukan kejahatan undurlah kamu . Dan sesungguhnya Allah mempunya ahli neraka
yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap malam Ramadhan ( Riwayat
At – Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a )
MashaAllah ! Lihat ? Betapa
mulianya bulan Ramadhan ini ? Sebab itulah bulan Ramadhanlah bulan yang dinanti
– nantikan oleh semua umat Islam . To all muslims out there , don’t miss out
the chance untuk membuat amal ibadah yang baik kepadaNYA pada bulan yang mulia
ini .
Dalam khutbah terakhir bulan
Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan , Rasulullah SAW telah
memberi nasihat kepada umat ISLAM supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah
sepanjang bulan Ramadhan ;
Ganjaran pahala mereka yang
mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan berlipat – ganda . Ibadah fardhu
diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda ; manakala ibadah sunat diberi
pahala seperti ibadah fardhu . .Untuk
mendapat rahmat Allah SWT yang mencurah – curah
Dalam khutbah terakhir bulan
Syaaban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan , Rasulullah SAW telah
memberi nasihat kepada umat ISLAM supaya menyempurnakan berbagai amal ibadah
sepanjang bulan Ramadhan ;
Ganjaran pahala mereka yang
mengerjakan amal ibadah dalam bulan Ramadhan berlipat – ganda . Ibadah fardhu
diberi pahala sehingga tujuh puluh kali ganda ; manakala ibadah sunat diberi
pahala seperti ibadah fardhu .
Sebab itulah Islam ini cantik ,
senang . Allah
Maha Penyayang . Tak susah hendak
mendapat pahala dan tak susah juga hendak mendapat dosa . Cuba kita bayangkan
hidup kita tanpa rasa belas kasihan dari Allah ? Mesti dosa kita banyak sangat
. Sebab dosa kita tak terampun olehNYA . Tapi , Syukur
Alhamdullilah , Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi hamba – hambanya .
DIA mengampunkan dosa – dosa hambanya – hambanya yang meminta keampunan darinya
. // Ayat aku berbelit – belit :D
From ALLAH we came , to ALLAH we shall return . ALLAHUAKBAR ! - @zackzuandyy ( twitter )
Pada bulan Ramadhan sahajalah
terdapat satu solat yang tidak ada pada bulan – bulan lain ; SOLAT SUNAT
TARAWIH . ‘Ibadat yang paling besar pahalanya selain pahala puasa Ramadhan
ialah menghayati setiap malamnya dengan solat sunat Tarawih . ‘ . Ya Allah !
See ? Tambah pahala kita lagi bila kita solat sunat tarawih . Jadi ,
tunaikanlah solat sunat tarawih ye ? Tak kisah berapa , umi kata 2 rakaan boleh
, 3 , 4, 5, 6, 7, 8 pon boleh . Tapi kalau nak dapat pahala banyak , lakukanlah
lebih banyak . Lakukanlah sebanyak mana yang korang mampu ye ? Jangan paksa
diri .
Ya Allah, #IzinkanSaya bertemu dgn malam lailatul qadar dimana malam yang lebih baik dari seribu bulan. Panjangkanlah umur saya, Ya Allah.-Syeraa Ibrahim ♥ @Syeghoo ( twitter )
Hah ! Satu lagi keistimewaan
bulan Ramadhan ialah rahsia Allah SWT menurunkan malam Lailatul – Qadar dalam
salah satu malam dalam bulan Ramadhan tersebut . Didalam surah Al – Qade ,
Allah SWT menjanjikan bahawa mereka yang beramal diberi ganjaran pahala seperti
beramal Ibadan selama 1,000 bulan atau 83 tahun ( maksud Al – Quran , surah Al – Qadr )
Walau bagaimanapun , hanya Allah
SWT jua yang mengetahuinya , pada malam yang manakah Lailatul – Qadar itu
diturunkan . Kebanyakkan para ulama menyatakan bahawa Lailatul Qadar diturunkan
pada salah satu dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadhan . Setengah
ulama pula menyatakan bahawa Lailatul – Qadar itu diturunkan pada salah satu
malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir pada bulan Ramadhan . Macam
21 , 23 , 25 ke ..
Istilah Qiamu Ramadhan juga
dimaksudkan bahawa umat Islam sewajarnya menghidupkan suasana malam di
sepanjang bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat , iktikaf dalam masjid dan
berzikir dan seumpamanya . Sangatlah ruginya mereka yang tidak mahu berebut
peluang meraih pahala dengan beribadat solat Tarawih setahun sekali ini .
Sesungguhnya , bulan Ramadhan ialah bulan yang sangat mulia dan penuh
kerbekatan .
Sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud ;
“
Sesiapa yang mendirikan solat ( Tarawih ) pada malam hari di bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan ihklas , maka Allah mengampunkan segala dosanya yang
telah lalu . “ ( Hadis riwayat Bukhari )
Menyentuh tentang dengan penuh keimanan dan
ihklas , sometimes it hard for us right ? Yelah
, kita dengan perut kenyangnya semua lepastu kena solat tarawih beberapa rakaat
nak ihklaskan diri untuk melakukannya susah . ( That’s why , time buka jangan melantak gila – gila ,
after tarawih makanlah sepuas mana ) . Tapi
itu tak bermakna kita terus berhenti dari melakukan solat Tarawih , tidak .
Teruskan sahaja . Maybe pada permulaan kita rasa terpaksa tapi lama – kelamaan kita
akan terbiasa . Tapi kalau dah tahu diri tu terpaksa , janganlah macam itu .
Set niatkan hati , ihklaskan hati aku solat kerana Allah . Hanya kerana DIA . Bukan
kerana nak tunjuk alim ke , tunjuk “ weh aku solat tarawih , kau solat tak ? “ .
Jangan macam itu . Tak dapat pahala pun .
Hah ! Lagi . Masa last jumaat tu
time pend . Islam , umi ada cakap pasal fasa – fasa pada bulan Ramadhan ini .
Aku agak tidak faham so I ask my abah about this on first ramadhan time sahur
tu . Dia cakap ; “ 10 Hari pertama ; Fasa Rahmat .
10 hari kemudian ; Fasa Keampunan dan 10 hari terakhir ; Fasa api neraka “ .
Okey , ayat api neraka tu aku terkejut juga .
But read this , “ Ada sesetengah para ulama mengatakan Rahmat itu
maksudnya bagi orang – orang yang baik ( beriman ) pada hari pertama puasa ,
dosa mereka akan diampunkan oleh Allah . Keampunan pula , ialah dosa – dosa bagi
orang yang berpuasa akan diampunkan oleh Allah . Dan api neraka itu , adalah
untuk orang – orang yang lemah imannya atau lebih jahat lagi orang tak baik dan
mereka berusaha untuk berpuasa dan melakukan amal ibadah fardhu dan sunat pada
bulan puasa ini , akan dijauhi mereka api neraka “ . Lebih kurang macam
itulah abah cakap , I try to expand it so you guys will understand . Dan umi
pula cakap , “sebab itulah 10 hari pertama cuaca
redup je , 10 hari kemudiaan panas sikit dan 10 hari terakhir panas gila . “ sort
of like thatlah ayat dia .
So , I think I have write a lot
and my fingers dah lenguh dan ni . :D So I’ll end here . But here some advices . From umi , thanks her . Bulan Ramadhan ini ,
kita yang ada social network ; twitter , facebook , blogger , tumblr and etc try to post something about Ramadhan or Islam . Even the simple one like “ Puasa
jangan tak puasa “ Its not hipokrit . Yelah some people ada cakap “Adakah menjadi "more religious" ketika Ramadan dan kembali
ke perangai asal pd bulan lain itu dianggap menghormati Ramadan
atau....hipokrit?” . No , we aren’t be hipokrit . Kita practicekan
diri post about Islam and all of the things untuk kebaikan kita dan para umat
Islam yang membaca . And its not even a sin to do that ! So if people say you’re
being hipokrit because you write about religious things , don’t mind them .
Just do what you do . And there’s also some say like this "Kau post pasal
Islam, konon alim tapi twitcon gambar Kpop gambar tak pakai tudung .
Sakai." . Listen here people , don’t
judge a book by its cover ; don’t judge people by their picture or appearance .
It does not resembles anything ! Just being ourselves , ignore others if
we do good things .
And kepada kaum hawa yang masih
lagi tidak memakai tudung . Try to pakai tudung in
this 30 days , InsyaAllah lepas itu korang akan terbiasa memakainya dan akan
perlahan – lahan menutup aurat kepala and then your body . And not just
to kaum hawa yang tidak memakai tudung but to kaum
hawa yang memakai tudung tapi pakaian melambangkan seperti tidak memakai apa –
apa , try to wear something yang tak ketat sendat dan menampakkan susuk badan .
InsyaAllah , lama – kelamaan korang akan rasa ihklas memakainya and will change
.
''Why Hijab? Because Allah created woman in the shades of Jannah from the Ribs of Adam. Peace be upon Him and our Prophet.''-@zackzuandyy ( twitter ) Girls without hijab are hot and girls with hijab are beautiful. That's why hell is hot and paradise is beautiful. ♥
So , that’s all . Thanks for
reading and Selamat Menyambut Ramadhan Al – Mubarak ! Semoga Ramadhan ini
adalah lebih baik dari sebelumnya dan janganlah melepaskan peluang merebut
pahala yang berlipat – ganda itu .
Assalamualaikum , bye .
Others resources you might want to
read ; http://members.tripod.com/siti_2/01/12.html
and http://www.al-azim.com/masjid/seminar/ramadhan1427/1.pdf
Source picture : weheartit.com
|
0 Comments:
Post a Comment