le'Rose
![]() History
Alex Marshall
Oh, Hai .
Ada caranya. Bukan begitu tapi ... let me tell you .
Selamat Par-Gayyyyyy !
Perpecahan Ummah
WORLD HIJAB DAY . SPREAD IT PLEASEEEE . THANK YOU .
Goodbye my dear bestfriend , love .
Itssss beeennnn a lloooooongggggggg hecticccc dayy...
Alhamdullilah . Its more than enough :)
GOOD LUCK 1997 - LINERS ! PMR RESULTS COMING .
Credits |
Aku minta maaf.
Aku minta maaf.
Tajuk aku . Oh My Oh My OH MY TAJUK! Disini
aku just nak beritahu yang aku ingin minta maaf. Ingin meminta ampun. Ingin
meminta kemaafan . Ingin meraih kemaafan. Ingin dimaafkan. Aku nak minta maaf
dengan cara aku memberi nasihat. Dengan cara aku menegur. Aku manusia biasa.
Aku seorang perempuan. Perempuan yang
agaklah kasarnya kan. So then maybe cara aku memberi nasihat juga kasar. Bahasa
yang digunakan juga kasar. Aku reti berlembut. Tapi ada time lah. Aku reti
bermanja sebab fitrah seorang perempuan kan?
Member kata, cara aku beri nasihat ganas.
Kasar. Bila aku tengok balik cara aku beri rasa macam tak je tapi mana kita
sedar ye tak? Bila time member cakap macam tu ada rasa bersalah dalam diri.
Sebab diri pernah menegur cara member lain beri nasihat, berdakwah macam ta
betul tapi bila diri sendiri memberinya dikatakan ganas. Kasar bunyinya. Ganas
caranya. Hati ini mahu menerima tapi susah. Dalam hati bersoal “Kasar ke ? “
tapi yelah bagi kita tak kasar sebab kita yang buat. Aku manusia biasa, manusia
yang selalu membuat dosa, membuat salah, yang sering kali lupa tentang
kewujudan pahala dan dosa, yang alpa tentang syurga dan neraka, yang terkandas
ingatan tentang Allah dihatinya.
Bila dikatakan kasar caranya, memang otak dan
beri information ke mulut dan dah just cakap “kau kan tahu aku memang kasar” .
Tapi takan bersebab dengan itu kita nak biarkan je kan? Nabi Muhammad pun tegur
orang tak kasar. Lembut even ada ketegasannya. Bila orang cakap “ Kau tu
perempuan,tapi ganas kasar macam jantan” huish, terasa hati tapi buat senyum
jelah, tanak pula dia cakap “ Alahai kata ganas, kutuk sikit dah leleh” ini
namanya kes POYO ni . Kalau ada lah yang cakap gitu aku memang sentap balik
cakap “ aku perempuan, fitrah ah aku terasa hati bila disindir macam tu. Aku manusia
ada perasaan. Apa kau ingat aku tumbuhan even kena cantas dia ta tunjuk
sebarang reaksi? Lainlah macam kau, sindir orang macam diri ta tahu orang lain
tade perasaan. Entah kau ni bukan manusia sebab tak berperasaan gamaknya”.
Huish, mencari nahas namanya tu kan? Tapi yelah, aku ni benda yang aku suka
buat menyentapkan orang. Tahu salah. Tahu dosa. Sebab menyakitkan hati orang.
Tahu tu tahu . Tapi diri ta menyedari.
Hadis Nabi Muhammad SAW " Setiap anak Adam pasti melakukan kesilapan. Sebaik - baik manusia yang berbuat silap adalah yang bertaubat" - Riwayat Muslimah
Aku nak minta maaf, aku nak dimaafkan. Kita ni
manusia biasa, kalau ada yang tidak memaafkan, aku rela even hati rasa perit
rasa tak selesa rasa bersalah sepanjang hayat sebab ta dimaafkan. Kalau nak
guna konsep “ Allah pun terima taubat hambaNya yang membuat dosa/salah” atau “
Nabi Muhammad pun memaafkan umatnya” tak boleh juga. “ Aku ni manusia biasa.
Manusia yang lemah. Manusia yang punya perasaan. Manusia yang mempunyai ego.” Sebaik – baik seseorang tu lah, even dia
tuturkan perkataan ‘ aku maafkan kau ‘ tapi kalau benda tu memang sakit gila,
rasanya hati dia tak ikhlas bila berucapan begitu. Ye tak ? Entahlah. Aku ni
jenis yang suka meminta maaf dan memaafkan. Terserlah tak kepoyoan aku disitu?
Bukan apa tapi aku rasa perlu ada perkara itu. Mungkin dalam banyak perkara
yang baik tentang diriku hanya itu sahaja. Tapi yelah macam aku cakap tadi, aku
manusia biasa. Even suka manapun aku meminta maaf dan memaafkan, walau mulut
menutur ‘ aku maafkan kau ‘ tapi hati actually tak merelakan pun ayat itu
disebut.
Tapi ginilah;
Manusia itu hanya HAMBA yang akan mulia dengan TAQWA. Jika berlaku silap sengketa, MAAF itulah rahsia damainya. – Umi
Letaklah kemaafan dalam diri. Janganlah ego.
Biarlah kita menutur perkataan maaf itu walau hati berat hendak menyebut.
Biarlah mulut mengeluarkan kata “ aku maafkan kau” even hati dan otak dah
bantah jangan menyebut perkataan itu. Even tak rela pun hati time tu untuk
memaafkan, just cakap jelah kau maafkan dia. Nanti lambat – lambat kau
betul-betul maafkan dia. Janganlah kejam kata “biar dia tahu perasaan aku bila
dia buat macam tu dekat aku. Biar dia seksa tak dapat kemaafan dari aku”.
Janganlah zalim sangat. Ego tu, turunlah kan sikit. Tapayah nak high class
sangat ego tu. Tapayah nak jadi King In Your Heart sangatlah ego tu. Binasa
diri . Binasa hidup. Kawan lari, kau solo nanti kau jatuh tade sape yang nak
hulur tangan tolong angkat. Kalau yang berpura – pura tu tapayahlah. Aku jamin
yang Fake semua tu time kau jatuh dorang semua “Aku kawan dengan kau saje –
saje je, kesian pula tengok kau tade kawan tapi hati aku ni mana langsung nak
kawan dengan kau. Tumpang popularity kejap je.” Hapuih! Cliché sungguh ayat aku
ni. Dah macam Mean Girls lah you olls.
" Pilihlah kemaafan dan suruhlah orang di sekelilingmu melakukan yang makruf, serta berpalinglah daripada yang jahil" - Surah Al-A'raf 7:199
Jadi disini, aku ingin meminta maaf. Ulangan
ayat yang aku perlu kata sekali lagi. Aku ingin meminta maaf. Aku ingin
dimaafkan. Maaf atas segala salah silapku. Maaf atas cara teguran dan nasihat
yang aku beri. Maaf sebab buat kau susah hati. Maaf sebab sakitkan hati kau.
Maaf sebab always being sarcastic dengan kau. Maaf sebab tak dapat jadi yang
terbaik dengan kau. Maaf atas segala- galanya. Diriku ini hanyalah manusia
biasa yang ingin berubah ke jalan yang benar. Yang ingin mencari cahaya Hidayah
yang diberi. Yang ingin mengenggam hidayah itu sekuat hati. Yang ingin bercinta
dengan Pencipta hati ini. Yang Ingin bersama masuk ke syurga yang disediakan.
Maafkanlah diriku yang hina ini. Maafkanlah diriku yang tidak sempurna ini.
Maafkanlah diriku yang selalu alpa tentang agama Islam ini. Maafkanlah diriku
even susah mana hendak engkau memaafkan.
Aku minta maaf .
Assalamualaikum, adios.
|
0 Comments:
Post a Comment