le'Rose
![]() History
Fynn Jamal is such an Inspired.
Jealous.
Beautiful.
Segmen Jom Pilih Hadiah
Aku minta maaf.
Alex Marshall
Oh, Hai .
Ada caranya. Bukan begitu tapi ... let me tell you .
Selamat Par-Gayyyyyy !
Perpecahan Ummah
Credits |
Memori. (Short Story) - Nana & Jue .
play this song. and stop the song on the side.
“ Nana”
Nana berpaling dari buku ceritanya kepada
kawan baiknya, Jue. “Apo dia?” Jue mengambil tempat duduk disebelah Nana .
“Kau baca buku apa tu? “ Soalnya sambil cuba melihat isi buku yang dibaca oleh Nana .
Buku itu diangkat ditunjukkan kepada Jue tajuknya, ‘CERPEN’ . “Fixi? Since when kau start baca buku melayu ni? “ katanya
sambil menahan tawa apabila Nana beri jelingan maut dengan perlinya tadi .
“Hekeleh mu. Biarlah, aku ni orang melayu.
Lantaklah aku baca buku melayu. “ Nana cuba berdalih. Sememangnya dia tidak
berapa gemar dengan buku – buku melayu. Katanya semua cerita melayu ini lebih
kurang sahaja. Cinta, putus cinta, kahwin , cerai, kawan dan itu sahaja! Tak
ada ‘fascinating’ katanya.
“ Kau pinjam ke kau beli? “ Jue membetulkan kedudukannya sambil mencapai majalah Hijabista yang berada di meja
kecik sebelah katil. Dia mula menyelak helaian muka surat itu melihat apa yang
mampu menarik hatinya .
“ Shot cadangkan dekat aku then aku try
belilah. Bila dia kata Fixi punya buku ni memang gempak, I doubt her but then
haha memang best pun”
Jue hanya mengangguk, tersenyum . “ Nanti
kau try lah baca. Kau kan minah melayu habis. Mesti kau suka gila buku ni.”
Hambek kau! Kena tembak balik dengan aku ! Tawa Nana jahat dalam hati .
“Pergh! Nak kenakan aku balik lah tu. Hoi,
aku baca jugalah language selain bahasa melayu okey? Tapayah nak perli aku
sangatlah. “ iPhone 5 yang berada diatas meja kecil itu dicapai. “ Nak lagu apa
? “ Jue berpaling kepada Nana yang khusyuk membaca.
“ Apa – apa sahajalah. Janji jangan pula kau
pasang lagu Same Girl tu. Naik muak aku dengar “ pecah tawa Jue dengan comeback yang dibawah Nana. Sah aku
kena tembak balik ni! Tahu – tahu sahaja yang Jue ini memang sejak akhir –
akhir ini haruk dengan lagu R.Kelly ft Usher. Lagu Same Girl tu patut didengar
oleh orang lelaki bukan perempuan tapi kata Jue “ Yelah, aku takut je aku yang orang yang diperkatakan Usher dengan R.Kelly.
But when I think about it again, hmmm tak ada lah. Aku setia yang satu .”
Kemudian Jue memasang lagu The Scientist – Coldplay. “Coldplay? Bolehlah.
Kalau kau pasang lagu Viva la Vida baru
sesuai dengan mood cerita aku ni . The
Scientist ni macam baru lepas tengok Discovery
channel je even lirik dia tak adalah
menceritakan pasal science sangat .”
“ Banyak bunyi lah kau ni. Dengar ajelah,
tapayah nak komen banyak – banyak. “ iPhone 5 itu diletakkan diatas meja kecil
itu tadi. Kemudian dia menyambung membaca majalah Hijabista itu .
Hanya suara Chris Martin yang mengisi seluruh ruang bilik tidur mereka itu.
Kedua – dua gadis itu sedang khusyuk membaca, kadang – kadang Nana tersenyum,
tergelak dan juga air matanya mengalir. Memang buku Fixi ni dah tangkap hati
keras Inggeris si Nana ni gamaknya .
“Nana”perlahan Jue panggil. Nana hanya
membalas dengan ‘hmm’ sahaja . Matanya masih berada di atas helaian kertas –
kertas yang bertulis itu. “Aku nak tanya kau satu soalan cepumas.”
Bila dengar sahaja perkataan ‘cepumas’ itu,
Nana terus mengambil penanda buku dan meletakkannya di helaian yang dia baca
tadi dan kemudian buku itu diletakkan ditepi. “Apa dia?”
“ Kalaulahkan , kalaulah aku accident then
koma sampai hilang ingatan, apa yang kau akan buat sekarang? “
“Aku akan kawan dengan kau jugalah. “ jawab Nana senang sahaja tetapi sebenarnya dia sedang memikirkan kenapa tiba – tiba Jue menanyakan soalan seperti itu.
“Even aku tak ingat a single detail pasal
kau? Even aku tak kenal kau langsung? Tapi kan aku kan dah lost memori, aku
maybe bukan yang dulu kau kenali dan juga kau rasa aku nak ke kawan dengan
stranger yang mengatakan dirinya ialah kawan baik aku? “
Suasana pada itu hanya senyap sunyi. Kedua –
duanya bisu tanpa kata. Jue hanya memandang Nana yang juga memandangnya
dengan penuh pertanyaan. Lagu Secret – One Republic sedang dimainkan tetapi
lagu itu seakan tidak dipasang.
Kemudian Nana bangun dari katil dan menuju
ke almari baju. Dia menarik kerusi dan kemudian meletakkanya dihadapan almari
itu. Lalu memanjat kerusi dan mencapai sebuah kotak yang berada di atas almari
itu .Jue hanya memerhatikan sahaja. Dia sebenarnya ingin tahu apa jawapan
Nana. Hatinya berdebar menantikan jawapan.
Kemudian Nana membersihkan habuk – habuk
yang berada diatas kotak itu dan menuju ke tempatnya tadi. Kotak itu diletakkan
diatas katil dan dia bersila sambil mengeluarkan barang – barang yang ada di
dalam kotak itu. Jue juga meletakkan majalah yang dibacanya tadi ketepi dan
melihat apa yang ingin dilakukan oleh Nana.
Sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy Y dikeluarkan.
Kemudian telefon itu dihidupkan. Jue masih memerhatikan tingkah laku Nana.
“Nah.” Telefon bimbit itu dihulurkan kepada Jue. Dia hanya tengok sahaja
telefon bimbit itu. Budak ni pehal pula bagi phone dekat aku? “Amiklah.” Seraya
itu telefon bimbit itu beralih tangan.
Jue tengok apa yang ditunjukkan oleh
Nana. Di bahagian messages, hanya ada satu conversation sahaja dan mempunyai
berpuluh – puluh ribu mesej . Nama diatas tertera ‘Jueliana’ .
“Aku akan tunjukkan kau phone aku ni. Aku akan
tunjukkan mesej – mesej kita sejak form 1 kita kenal. Aku akan suruh kau baca
mesej mesej ini. I wanna show how I want to be friends with u till Jannah.
Praying to Allah for giving back your memory but as if unfriended with me is
the best for you, aku tawakkal.”
Tanpa sedar empangan dimata sudah pecah. Air
mata mengalir laju melihat mesej – mesej mereka dahulu. Melihatkan Jue yang
menangis,Nana juga turut menangis. “Thanks Na, thanks. I hope our
friendship will never be end, if one thing that will separate us that is death.
Aku bersyukur pada Allah kerana mentakdirkan kau sebagai sahabat baik aku. May
our friendship blessed by Allah. Walau apa pun yang terjadi kan Na, kau tetap
sahabat baik aku. Kalau aku kahwin pun lah, kau tetap akan ada dalam doa aku,
akan ada dalam memori aku. Janji ye Nana? Apa yang kau cakap dekat aku. Aku tak
mengharap ianya berlaku but if this situation comes in, kau kena tunaikan janji
kau. Never give up and try to make my memory come back. Kaulah sahabat sejati
aku Nana. “ seraya itu dua sahabat itu saling berpelukan. Habis basah kuyup
baju mereka dilimpahi air mata dua insan yang bergelar sahabat itu .
“Aku janji Jue, aku janji. “
******
5 Hari selepas itu …..
“ Assalamualaikum. Nana?” suara ditalian
sebelah itu perlahan. Suaranya seperti sedang menangis.
“Waalaikumusalam. Ye saya. Kenapa makcik? “
“Ju.jue.…dia.. dia… accident time bawa kereta nak pergi rumah makcik. Ada sebuah lori
langgar kereta dia time nak buat u-turn. Keadaan dia teruk sangat. She lost a lot of blood. “
Dia kaku . Dia diam tanpa kata. Dia teringat
tentang pertanyaan 5 hari sebelum ini.
“
Kalaulahkan , kalaulah aku accident then koma sampai hilang ingatan, apa yang
kau akan buat sekarang? “
“Mak..makcik…sekarang dekat Hospital mana?”
“Hospital Sultanah Aminah. Nana datang ye?”
“Baik makcik, nanti Nana datang.
Assalamualaikum makcik.”
“Waalaikumusalam”
Memori bersama Jue bermain dikepala.
Badannya seakan lemah mendengarkan berita itu. Kawan baiknya kemalangan teruk.
Tanpa sedar air mata mula mengalir. Badannya mula terhincut hincut. Tangisannya
makin lama makin kuat. Dia seorang di pejabat itu, meletakkan segala kerja –
kerja diatas meja. Dia menangis kuat, menangis tanpa henti. Hatinya perit.
Hatinya sedih. Dia hanya mampu berdoa supaya tiada apa – apa yang berlaku pada
sahabatnya itu.
Dia menangis keseorang .
Sebulan kemudian ……
Selepas kemalangan itu, Jue disahkan koma.
Kehidupan Nana bukan seperti dahulu lagi. Kalau dulu, sahabatnya itu akan
sentiasa ada untuk menceriakan suasana tapi kini tiada. 5 hari sebelum ini
ketika dia berada di Hospital menemani Jue yang sedang lena tidur. Tidurnya
itu mungkin satu hari dia akan terjaga daripada tidurnya itu atau mungkin juga
dia tidak akan bangun dari tidurnya itu buat selama – lamanya .
Tangan
yang digenggam itu tiba – tiba bergerak perlahan. Nana yang terbaring sekejap
cepat – cepat bangun dan melihat keadaan Jue. Matanya berkelip – kelip cuba
membuka dan akhirnya terbuka. Pada saat itu dia gembira sangat. Terus dia
memeluk sahabatnya itu. Mengucap syukur pada Illahi kerana tidak mengambil
nyawa sahabatnya itu . Matanya yang berair itu memandang pada sahabatnya itu .
“A..awak
ni siapa?”
Bila
pertanyaan itu keluar dari bibir sahabatnya itu, terus dia kaku. Dia teringat
soalan yang pernah ditanyakan oleh Jue .
“Even aku tak ingat a single detail pasal kau? Even aku tak kenal
kau langsung? Tapi kan aku kan dah lost memori, aku maybe bukan yang dulu kau
kenali dan juga kau rasa aku nak ke kawan dengan stranger yang mengatakan
dirinya ialah kawan baik aku? “
Air
matanya tidak berhenti mengalir. Dia senyum. Senyum pahit. “Aku Nana, kawan
baik kau. Kau tak ingat ke?” hanya gelengan yang diberi. Jawapan yang diterima
itu sangat menghancurkan hatinya. Setiap hari dia berdoa pada Allah agar tidak
mengambil memori sahabatnya itu apabila dia sedar tapi nampaknya, keadaan tidak
berpihak padanya.
“Hmm
tak apalah. Aku panggilakan doktor”
Hatinya sedih. Sangat sedih. Bila doktor
mengatakan bahawa sahabatnya itu menghidap penyakit Amnesia disebabkan hentakan
yang kuat terkena pada kepalanya, dia rebah.
Tapi kini, dia tidak berhenti berusaha.
Setiap hari dia akan melawat sahabatnya itu dan cuba berkawan dengannya semula.
Kadang – kadang dia cuba mengingatkan tentang nostalgia mereka bersama dahulu da
nada juga sahabatnya itu ingat tapi hanya setakat itu.
Dia telah berjanji pada sahabatnya itu, dan
dia akan tunaikan. Dia tidak akan berhenti berusaha. Sebab dia tahu, Allah ada
disisinya untuk menghadapi dugaan yang diberi.
“Janji
ye Nana? Apa yang kau cakap dekat aku. Aku tak mengharap ianya berlaku but if
this situation comes in, kau kena tunaikan janji kau. Never give up and try to
make my memory come back. Kaulah sahabat sejati aku Nana. “
TAMAT
Cerita ini diinspirasikan oleh sebuah mesej
yang di-send kan oleh kawan aku. Bila aku tanya soalan yang seperti ditanya
dalam cerita ini, dia bagi aku jawapan tu. Rasa terharu sangat sampai aku rasa
nak buat short-story. Harini terus aku tulis apa yang ada dalam otak. Actually
aku nak biarkan sampai confession je tapi rasa macam tak fun je so aku
biarkanlah tragic sikit. Itupun bahagian bawah ni aku dah tak berapa ada idea
so pendek je and not too much info.
Dalam hidup mesti ada up and down kan? Ini
bukan karma. Ini namanya Qada’ dan Qadar. Kita kena terima apa sahaja. Dalam
surah Al-Baqarah ayat 216 “ But it is a
possible that you dislike a thing which is good for you. And that you love a
thing which is bad for you. But Allah knows and you know not.” I know some of
you akan kata, apa kaitan surah ini dengan cerita ini. Yelah, dalam cerita ini
Nana sangat mengharapkan supaya Jue bila dia sedar memorinya akan sama
tapi nampaknya dia tidak. Bila Nana ingat itu yang terbaik baginya tapi
sebenarnya tidak, Allah tahu dan dia tak tahu. Allah have a great plan upon
ahead us. Never give up. Ujian Allah hanya sikit sahaja, kalau nak dibandingkan
dengan ujian Nabi Muhammad SAW? Tepuk dada tanya iman.
Actually nama sebenar watak bukan Nana dan
Jue tapi actually nama aku dan kawan baik aku. Aku nak bagi cerita ini dekat
cikgu tapi yang aku bagi dekat cikgu, aku akan guna nama kawan aku dan aku. Tajuk
actually aku tak tahu nak tulis apa. Then tulis ajelah Memori. Dan lagu yang
digunakan, I just think it suit the mood of this story so I used this song.
Same Mistakes – One Direction. Oh and btw perasan tak nama Nana & Jue ni macam kembar. Entah suddenly nama ni terus ada so aku type jelah. lagipun simple je nama ni. Eh bukan kak Nana Johari. Nana tu nama sebenar is Hanana Arissa and Jue is Jueliana Marya. So I hope you guys enjoy reading this short
story.
Assalamualaikum, adios.
|
0 Comments:
Post a Comment